MARI MENJAGA KESIHATAN - Nizam


Oiit..., dah sampai kek sini plak korang yea.. haah baguihlah tuh... korang tengok-tengoklah apa jua kandungannya di sini.. kot-kot ader gak kegunaannya kepada nkorang jugak. Ruangan nie akan saya selalu tambahkan dari semasa ke semasa.... 

Sila Pilih Satu Dari Di Bawah


 

Fakta ringkas mengenai penjagaan makanan - VITAMIN


Vitamin ialah bahan organik yang diperlukan untuk membantu tubuh melaksanakan proses-proses biokimia penting di dalam sel-sel dan tisu-tisu. Walaupun vitamin hanya diperlukan dalam jumlah yang sedikit, namun ia penting untuk tumbesaran dan penghasilan semula; pembentukan antibodi; pengumpalan darah; tahan pada jangkitan; pembentukan bahantara selular; keutuhan tulang; gigi, kulit, darah dan tisu saraf. Vitamin juga bertindak sebagai koenzim dalam banyak tindak balas kimia yang berkait dengan metabolisme makanan.
 
 
Vitamin
Fungsi
Sumber
A Vitamin A juga dipanggil retinol dalam makanan berasaskan haiwan dan beta karotin dalam makanan berasaskan tumbuhan Mengekalkan penglihatan yang baik, tumbesaran dan perkembangan yang normal Sayuran dan buahan yang berwarna oren cerah dan hijau tua, hati, hati ikan, minyak, hasil tenusu dan susu, kuning telur
B Vitamin B1 atau Tiamina Metabolisme karbohidrat dan melaraskan sistem jantung dan saraf Hasil bijiran penuh, yis dan sapuan yis, susu
Vitamin B2 atau ribofalvin Membantu dalam fungsi metabolik dan tumbesaran Susu, daging, telur, hasil bijiran dan bijiran, yis
Vitamin B3 atau niasin Melaraskan sistem saraf, salur gastrausus dan kulit serta penghasilan asid lemak Daging dan daging ayam itik, roti, bijiran, yis
Vitamin B5 atau asid pantotenik Metabolisme karbohidrat, lemak dan protein, pembentukan hormon-hormon tertentu dan pertumbuhan semula tisu Daging, sayur-sayuran, lemak dan bran
Vitakin B6 atau pridoksin Metabolisme lemak dan protein, penghasilan tenaga, mengekalkan kesihatan otak dan sistem saraf dan membantu pembentukan sel darah merah Daging, hati, ikan, daging ayam itik, roti dan bijiran, kekacang, telur. adpokat, pisang
Vitamkin B12 Penghasilan sel darah merah dan kesihatan sistem saraf Semua sumber haiwan seperti daging, ikan, susu, keju, telur dan makanan yang ditapai seperti miso
C Vitamin C atau askorbik Memastikan tulang, gigi dan pembuluh darah dalam keadaan yang sihat, membantu dalam penyerapan zat besi, pertumbuhan dan pembaikan tisu, dan sebagai "pengaut radikal bebas" yang membantu tubuh menyaktoksik dan mencegah penyakit Buah-buahan dan sayur-sayuran, terutama buah sitrus, pasli, lada benggala, anggur hitam
D Vitamin D atau kalsiferol Membantu asimilasi kalsium dan fosforus bagi memastikan gigi dan tulang yang kuat Minyak hati ikan, hasil temusu dan susu, kuning telur dan dibentuk oleh tubuh apabila tededah pada sinaran matahari
E Vitamin E atau tokoferal Antioksidan, melindungi asid lemak yang perlu dan menggalakkan kesihatan sel darah merah, otot dan tisu, dan bertindak sebagai "pengaut radikal bebas" untuk membantu dan menyaktoksik dan mencegah penyakit Minyak biji benih politak tepu, germa gandum, kuning telur, tuna, adpokat, asparagus, brokoli

 

sumber: Amagram; Jan. 99 


 
 
 

[ Laman Utama ] [ Naik Atas ] [ eMail Me ] [ Diari Pelawat ]
 
 
 

Hakcipta terpelihara dan semua suntingan mestilah dengan meminta kebenaran dahulu.
Paparan terbaik ialah 800 x 600 dengan 256 warna. Sesuai dilayari dengan Netscape 4.0 atau I.Explorer 4.0
Kali terakhit diedit pada 1hb April 1999. Senireka dan suntingan oleh [email protected]