![]() |
|
[ Myself
] [ Sajak dan Puisi ] [ Kesihatan
] [ Internet Games ] [ Lawak
Jenaka ]
[ Resepi
Masakan ] [ Ad-Din ]
![]() Mukadimah Oiit...!
khabare, Salam kenalan dan sejatera. Antara tujuan utama Nizam buek laman
web nie adalah untuk mencari semula kenalan-kenalan lama yang kot dah tak
dapek nak contek laie... dan kalau dapek mencari lebih banyak kenalan baru....
yelah kalau ramai kawan tentu hati kiter akan raser terhibur atau sekurangnya
kiter tidaklah keseorangan. Lagipun banyak pengalaman Nizam boleh kongsi
bersama kelak.. insyallah. Okeh kalu nkorang berminat nak jadi kawan Nizam
yang tak best nie ... sentlah email kek Nizam... insyallah dibalasnya kemudian
harinya... sebab Nizam nie jenis tak pilih saper kawan asalkan niatnya
tulus dong.
Zaman Kanak-kanak dan Sekolah Zaman kanak-kanak saya tidaklah berapa special sangat sebab saya ni pendiam orangnya. Kalau ader sesuatu hal yang penting ajea barulah saya bising sikit, namun kekadang tuh nakal gak saya nie.. tau mau dengor cakap orang langsung. Sebab itulah kalau parents saya cakap sesuatu saya kekadang tuh tak berapa nak dengor.., cuma kalau dah tiga empat kali tuh tak dengor makananyer carik nahas lah tuh. Apa yang best tuh antara adik-beradik, parent kater saya anak yang paling tak banyak kerenah dan bagi masalah kat depa. Agaknya kerana sikap saya sendiri kot... sebab tak suka nak buang maser tak tentu hala dari kecik sampai besor... ! banggalah sikit... hehhehe Dari darjah satu sampai tingkatan enam atas saya telah bersekolah di Sekolah Menengah Methodist (A.C.S) Klang iaitu dari tahun 1982 hingga 1994. Cukup lama saya kira iaitu selama 12 tahun... sepanjang maser itu saya telah melalui banyak liku-liku dan sejarah sekolah itu, di antaranya bila sekolah kami diiktiraf sebagai sekolah yang tertua di daerah Klang pader tahun 1992. Bangga gaklah jadi salah satu di antara anak murid sekolah tersebut... Di antara zaman persekolahan tesebut, maser di tingkatan enam adalah maser yang paling bermakna dan beerti dalam hidup saya kerana telah menjadi antara murid tersenior dalam sekolah tersebut... dan banyaklah jawatan-jawatan dalam persatuan yang saya pegang. Antaranya sebgai Presiden Persatuan Bahasa Melayu, Kaunselor Pusat Sumber, AJK Persatuan Para pelajar Islam, AJK Rumah Sukan (Biru) dan Ahli Persatuan Kaunseling sekolah. Antara pengalaman menarik ialah ketika mengarah teater sekolah semasa minggu orientasi tingkatan enam... Ini kerana pasukan kami telah berjaya meraih johan dengan tajuk tema kami "Hang Tuah". Lucunya para pelakon kami semuanya wanita.., cuma dua orang saja lelaki termasuk saya.. Tambah menarik mereka semua itu berbangsa cina..., huiih... bukan main susah nak ajor bebudak cina nie main teater dan bersilat... tapi kerana tanggungjawab... saya latih juga mereka.. Alhamdullilah persiapan di saat akhir semuanya berjalan lancar... dan mendapat hasilnya tidak terduga. Antara kawan rapat saya di tingkatan enam ialah Kam Hwee Joo, Teh Yoke Yin, Lalitha, Mohd Faisal, Mohd Faizal, Miswan, Norasyikin, Rafahyanti dan tidal lupa Karen Ng serta banyak lah lagi. Rindunyerlah aku pader nkorang semua.... Sungguhpun
begitu banyak jugaklah pengalaman saya sepanjang zaman persekolahan istimewanya
sebelum tingkatan enam iaitu dari darjah satu hingga tingkatan lima. Banyak
gak memori lama yang kekadang tu, sering bermain-main di ingatan di antaranya
my best friend Hadafi iaitu semasa sekolah rendah. Mohamad Azhar bin Mohamad
dari sekolah rendah dan menegah, Mohd Azizi di tingkatan satu hingga tiga,
Iskandar di menengah serta banyaklah lagi.. Sekarang nie depa semua dah
banyak gaklah yang dah kahwin... ishhh..ishhh aku nie jea ntah bilalah
lagi... tak sampai seru lagi kot..!!
Kerjaya Lama Memula tuh bekerja di McDonalds Restaurant iaitu semasa form four lagi.. maklumlah saya nie suka berdikari dan carik duit sendiri. Di samping itu kerja gak sebagai Waiter di Hotel Merlin Subang (sekarang dah jadi Sheraton) selama beberapa tahun secara sambilan dan sepenuh masa (ikut cuti sekolah). Paling seronok ialah sebagai crew di restoran makanan segera McDonalds dan menimba pengalaman dari dapur mereka hingga ke depan lobby dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab terpaksa dipikul. Seronok beb..! kerja ket sini... cuma letih giler.. sebab kekadang tuh saya closing (close hour) sampai pukul tiga empat pagi pun pernah. Sementara itu sebagai waiter pula banyak pendedahan di dalam bidang penyediaan makanan secara profesional seperti tema makanan dan penyediaan set meja makan... Uiih seronok beb belajar pelbagai gubahan dan rekaan pada meja dan sapu tangan mereka tuh. Ader yang rupa cam kipas, topi, burung merak, lilin dan macam-macam lagi. Tapi sayang seribu kali sayang dah banyak dah yang saya lupa... Anatara mereka yang saya masih ingat namanya ialah Maskiran, Said, Hisyam, Mr Mohan (Supervisor) dan banyak lah lagi.. Lepas
itu saya menjawat jawatan sebagai Technical Clerk di Malaysian Helicopter
Services, PJ. heh.. heh.. itulah kali pertama saya dapek kerja jauh sikit
dan berulang alik ngan motor sejauh kira-kira 45Km dari rumah setiap hari.
Penatlah gak.. tapi kerja punyer pasal.. tanggung beres... Lamalah gak
saya kerja kat situ dalam lapan bulan kot..! sehingga saya ditawarkan sebagai
Technician di syarikat tempat saya bekerja sekarang ini iaitu Extol Corporation
Malaysia. Nak tau citer gi.. lah tengok kek bawah..!
Kerjaya Sekarang Nizam bekerja sebagai Technician dalam lebih enam bulan sehingga telah ditukarkan pangkat sebagai Assistant System Engineer. Selama Nizam bekerja di sini telah cukup banyak pengalaman dah.. dalam bidang Teknologi Maklumat nie. Antaranya ialah pengalaman sebagai Webmaster kumpulan syarikat Extol banyak gak memberi pendedahan mendalam di bidang Web Development dan Graphic Design seperti Corel Draw dan Adobe Photoshop. Laa nie, Nizam berkerja di bahagian Teknologi Telefon Integerasi berkomputer atau Computer Telephony Integration (CTI) yang tugasnyer memasang dan menyelenggarakan Sistem Rakaman Suara dan Pengurusan Panggilan Telefon untuk syarikat dan organisasi. Tapi kan.., sebelum itu Nizam dalam bahagian sokongan perisian Virus Komputer iaitu Armour selain tolong bahagian Integrasi maklumat (SI). Jadik, bolehlah dikatakan banyak gak pengalaman dalam bidang IT nie selama Nizam melibatkan diri dengannya serius selama lebih dua tahun setengah. Sekarang nie Nizam sedang membuat perancangan rapi untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang IT nie sekurang-kurangnya pada hujung tahun 1999 nanti, insyaallah. Nizam
suka menolong kawan-kawan yang menghadapi masalah dalam bidang IT nie jadi,
kalau nak mintak sebarang pertolongan, insyallah boleh ditolong. Lagipun
Nizam memang suka menolong mereka yang memerlukan pertolongan terutama
mereka yang berbangsa melayu yang rata-ratanya belum terdedah sepenuhnya
di bidang IT nie. Nkorang boleh menghantarkan sebarang pertanyaan melalui
email dan insyallah Nizam akan dapat menolong nkorang. Alamat tengok kek
bawah sinun.. ehhh sori kek atas lah...
- Wasallam - |
[ Naik Atas
] [ eMail Me ] [ Diari
Pelawat ]
Hakcipta terpelihara dan
semua suntingan mestilah dengan meminta kebenaran dahulu.
Paparan terbaik ialah 800
x 600 dengan 256 warna. Sesuai dilayari dengan Netscape
4.0 atau I.Explorer 4.0
Kali terakhit diedit pada
1hb April 1999. Senireka dan suntingan oleh
[email protected]